Bapa kepada pemain muda Real Madrid, James Rodriguez menegaskan pelantikan Zinedine Zidane sebagai pengurus baharu kelab itu ternyata ‘membunuh karier’ anaknya di Santiago Bernabeu.

Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan ketika dibawah pimpinan Carlo Ancelotti pada 2014/2015, James masih bergelut dengan prestasi tidak menentu pada musim kedua bersama Real Madrid.

Pada Jumaat, Marca menyiarkan statistik yang menunjukkan bagaimana situasi menjadi lebih sukar sejak Zidane menggantikan Rafa Benitez pada Januari lalu.

Akhbar Sepanyol itu menegaskan James beraksi selama 718 minit dalam 14 perlawanan bersamaan dengan 57 peratus semasa Real di bawah kendalian Benitez.

Namun angka tersebut merosot kepada 52 peratus semasa James di bawah Zidane.

“Saya fikir ia normal, itulah bola sepak. Kecederaan memainkan peranan besar dan ia menyukarkan pemain untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka.

“Ancelotti dan Zidane adalah dua pengurus berbeza tetapi pertukaran pengurus ternyata memberi kesan kepadanya,” kata Rodriguez.

Bercakap mengenai keupayaan pemain muda itu, Rodriguez berkata, pengorbanan , sikap merendah diri dan disiplin mencorak hala tuju anaknya pada ketika ini.

“Sudah tentu dia masih boleh memperbaiki kelemahannya. James masih belum mempamerkan prestasi terbaiknya. Dia masih lagi muda dan sentiasa mengumpul pengalaman. Dia perlu berusaha keras lagi.

“Saya menasihatkannya supaya bersabar, bijak dan bersedia apabila dia mendapat peluang. Dia perlu menunggu masa itu untuk tiba,” kata Rodriguez.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *