KUALA LUMPUR, Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa nyawanya terancam dan memohon agar diletakkan dibawah program perlindungan saksi dalam siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Sentul pada 5 petang semalam.

Dalam laporannya, Najib menyatakan bahawa beliau dan keluarga mendapat ancaman yang jelas dan telah membuat permohonan rasmi untuk mendapatkan perlindungan saksi.

Difahamkan, ancaman tersebut diterima daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan dana 1MDB.

Najib bagaimanapun tidak menyatakan bentuk ancaman yang diterima dalam laporan polis tersebut.

Dalam laporan tersebut, beliau turut menyatakan barangan yang dirampas di tiga premis di Pavillion Residences baru-baru ini, diberikan oleh rakan-rakannya.

Malah, wang tunai yang ditemui juga adalah derma untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *