Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Zahid Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Kerja

Zahid Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Kerja

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 7.45 malam ini untuk lawatan kerja ke Sarawak.

Esok beliau dijadual menghadiri dua program iaitu Sejiwa Senada di Samarahan dan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Entawa Undop di Sri Aman sebelum dijadual pulang ke Kuala Lumpur, petang esok.

Ketibaan beliau disambut Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Kemudahan Awam dan Pembangunan Perindustrian Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kira-kira 50 ketua masyarakat dan pemimpin setempat turut hadir bagi menyambut ketibaan Ahmad Zahid.

Leave a Reply

Top