Blogger dan facebooker kontroversi Datuk Zaharin Mohd Yassin khabarnya dipukul oleh seorang facebooker yang diberitakan bernaung dibawah Prime Minister Office (PMO) di PWTC tengah hari tadi.

Menurut Saudara Zaharin yang memuat naik gambar suspek sedang memegang kasut untuk memukul beliau di akaun facebook, sedang seorang lagi teman suspek merakam aksi suspek sedang memukul dengan kasut disaksikan oleh beberapa orang yang kebetulan berada di meja berdekatan.

Punca kejadian adalah kerana kritikan pedas saudara Zaharin kepada Perdana Menteri yang melibatkan salah urus tadbir dan beberapa isu lain, yang kemudianya membangkitkan kemarahan facebooker yang bernaung dibawah Prime Minister Office.

Facebooker PMO dikatakan gagal menjawab isu yang dibangkitkan dan hanya menyerang Saudara Zaharin menggunakan isu-isu peribadi dan hashtag #SalamBalikTiang.

Kejadian hari ini adalah kemuncak kemarahan mereka setelah gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan Zaharin  di media sosial dan di ikuti oleh hampir 50 ribu pengikut di facebook.

Susulan kejadian itu Saudara Zaharin telah membuat laporan polis petang tadi di balai polis Dang Wangi.

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *