Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) berjaya mengumpul RM600,000 pada majlis makan malam ‘UNITEN – Endowment Fundraising Dinner 2017’ di Hotel Berjaya Times Square, baru-baru ini, bagi membantu pelajar mereka melalui biasiswa dan sokongan kewangan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku syarikat induk turut menyerahkan sumbangan bernilai RM160,000 kepada YCU.

Sumbangan disampaikan Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin (dua dari kiri) kepada Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Datuk Prof Dr Ir Kamal Nasharuddin Mustapha.

Majlis penyerahan sumbangan disaksikan Pengerusi TNB yang juga Pro Canselor UNITEN, Tan Sri Leo Moggie (empat dari kiri); Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd (tiga dari kiri); Pengarah Pejabat Pengurusan Stakeholders UNITEN, Prof Madya Dr Mohd Ezanee Rusli (kiri sekali) dan Pengarah Yayasan Canselor UNITEN, Mohamad Ishak Mohamad Ibrahim (kanan sekali).

Turut hadir, Pengerusi UEM Group Berhad yang juga Pro Canselor UNITEN, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Noor Azizi Ismail.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *