Kementerian Luar mengesahkan 19 rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir lumpur melanda Perkampungan Terskol, Russia, selamat tiba di puncak Gunung Elbrus, jam 8.30 pagi, waktu tempatan.

Wisma Putra berkata kesemua pendaki yang terkandas sejak dua hari lalu, sudah dikeluarkan dari lokasi bencana dan ditempatkan di lokasi selamat ketika ini, oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mereka akan dipindahkan ke lapangan terbang berdekatan, di Moneralnye Vody, sebelum berlepas ke Moscow,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Sehubungan itu, Malaysia menzahirkan penghargaan atas bantuan, usaha dan perhatian Kerajaan Russia membantu rakyat negara ini yang terkesan akibat bencana alam.

Jumaat lalu, 19 rakyat Malaysia yang sedang dalam pendakian menuju ke puncak Gunung Elbrus, Rusia, terkandas ekoran banjir lumpur yang melanda Perkampungan Terskol.

Kesemua pendaki selamat bagaimanapun, terjejas dan tidak dapat meneruskan pendakian berikutan semua laluan darat di kawasan terjejas tidak boleh dilalui.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *