Oleh : Hidayat Fansyuri

KUALA NERUS, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua negeri telah menyerahkan senarai calon bagi PRU14 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun kesemua nama yang dicalonkan itu masih belum dimuktamadkan.

“Kita akan terus membuat tinjauan serta kajian terperinci (terhadap senarai nama calon) dan nama yang tidak dicalonkan oleh negeri kerana kita ingin mendengar kehendak akar umbi.

“Kita juga akan mengambil kira potensi seseorang calon itu sama ada dia ‘winnable’ dan ‘likeable’, di samping senarai calon itu turut mengambil kita pandangan ahli di peringkat bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus Kali ke- 29 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail dan kepimpinan tertinggi lain.

(Ahmad Zahid Menerima Sumbangan Cek Untuk Pembinaan Bangunan Umno Kuala Nerus Oleh Wakil Tulangis Maju Mohd Hazarul Ifdaz Bin Dato Mohamed Rahim)

Ahmad Zahid turut mengingatkan semua pemimpin parti di peringkat negeri supaya tidak memilih bulu, jangan pilih cawangan atau bahagian yang disukai semata-mata, namun perlu bersikap adil dengan semua pemimpin serta ahli parti di peringkat bawahan.

“Kita tidak akan ada pemimpin di atas tanpa adanya sokongan di peringkat bawah dan untuk kekal di atas juga perlu sentiasa ambil peduli pandangan di peringkat bawah.

“Saya juga sentiasa memantau semua tindakan pemimpin, jadi haruslah dipastikan nama dicalonkan itu disenangi rakyat di semua peringkat,” katanya.

Pada majlis yang sama Ahmad zahid turut merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Bangunan Umno Kuala Nerus yang dibina oleh kontrktor Tulangis Maju Sdn Bhd.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *