Kumpulan anti rahsia, WikiLeaks kelmarin, menyiarkan ribuan laman perbincangan dalaman Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengenai teknik penggodaman yang digunakan selama beberapa tahun.

Transkrip perbincangan itu menunjukkan penggodam CIA boleh memasuki peranti Apple Inc iPhones, Google Inc Android dan gajet lain untuk mendapatkan teks serta mesej suara sebelum ia ditukarkan dengan perisian lebih canggih.

Pakar keselamatan bagaimanapun menganggap pendedahan itu boleh menjejaskan pengintipan siber Washington.

“Ia pendedahan data terbesar tentang alatan sangat canggih yang boleh digunakan untuk menyasarkan peranti seseorang pengguna,” menurut pengarah kanan kejuruteraan dan peguam keselamatan untuk Symantec, Tarah Wheeler.

Maklumat yang disiarkan WikiLeaks melibatkan 7,818 laman web dengan 943 lampiran adalah pelanggaran baharu bahan diklasifikasikan daripada agensi perisikan AS sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, menurut ketua pegawai eksekutif firma keselamatan siber Cylance, Stuart McClure, salah satu pendedahan paling ketara menunjukkan bagaimana penggodam CIA menutup jejak dengan meninggalkan petunjuk elektronik bahawa mereka dari Rusia, China atau Iran, lapor Reuters.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *