KUALA LUMPUR, Orang ramai perlu berhati-hati terhadap dua portal semakan data peribadi yang tidak berdaftar kerana perkongsian data tidak dilindungi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, sudah ada dua agensi yang melindungi data peribadi orang ramai dan satu lagi melindungi data perkhidmatan.

“Kita sudah ada ada portal yang sah, iaitu sebenarnya.my yang sudah lengkap untuk sebarang semakan, aduan serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi jika orang ramai ingin mendapat kepastian berhubung sesuatu isu.

“Pengguna perlu ada kawalan kendiri dan jangan mudah berkongsi kata laluan dengan pihak luar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan World Access and Interconnect Forum 2017, di sini, hari ini.

Pada forum berkenaan, Jailani turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara portal ‘Call Before You Dig’ (CBYD) oleh Malaysian Access Forum Berhad (MAFB) dengan wakil kerajaan negeri Pahang.

Beliau juga mengingatkan pengendali utiliti untuk mendaftar syarikat mereka dengan CBYD untuk mengelakkan berlaku pemotongan kabel yang tidak sah sehingga mengakibatkan kerugian besar.

Turut hadir, Pengerusi MAFB, Datuk Mohd Taib Hassan dan Penasihat Akademi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Toh Swee Hoe.

Jailani mengulas portal ‘siapakenahack’ dan ‘sayakenahack’ yang menawarkan perkhidmatan semakan nombor kad pengenalan bagi membantu orang ramai yang menjadi mangsa pencerobohan data peribadi.

Katanya, kedua-dua portal berkenaan disediakan oleh individu yang cuba menyedarkan orang ramai.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *