Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Viral KJ Letak Jawatan Tidak Benar

Viral KJ Letak Jawatan Tidak Benar

Berita yang mengatakan bahawa, Khairy Jamaludin Abu Bakar meletak jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Ketua Pemuda Umno sekaligus sebagai Ahli Parlimen Rembau adalah tidak benar.

Menegaskan perkara itu, Setiausaha Politik Khairy, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, besar harapannya agar penjelasan itu dapat mematikan fitnah yang sedang disebarkan kini.

“Harap sahabat-sahabat dapat lebih berhati-hati dengan taktik terdesak mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada penyebar berita fitnah berkenaan.

Terdahulu, isu perletakkan Khairy mula diperkatakan apabila, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Khairy pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun lalu.

Dalam pada itu Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.

Tetapi ujar Mukhriz beliau difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang beliau tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.

Leave a Reply

Top