Polis menafikan berlakunya kes kecurian 30 pakaian seragam pihak berkuasa keselamatan itu dari sebuah dobi di Subang seperti diviralkan di beberapa laman media sosial  termasuk di aplikasi WhatsApp sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan berhubung perkara itu selepas kandungan mesej terbabit disebarkan kepada orang ramai.

Menurutnya, ia merupakan viral ulangan yang disebarkan kembali hingga menimbulkan kebimbangan awam.

Kandungan mesej viral itu menyebut “Astro saluran 301 Chinese News baru sahaja mengumumkan bahawa kes 30 pakaian seragam polis dicuri dari dobi Subang adalah benar.

Dalam kandungan mesej sama, orang awam disaran berhati-hati kerana dikatakan si pencuri pakaian dikesan di dalam berbagai bidang. Mesej itu turut mengingatkan supaya orang ramai memberi isyarat kepada semua kenalan berhubung kejadian tersebut.

Di akhir kandungan mesej turut diseru supaya penerimanya pastikan pintu dikunci pada setiap masa dan tidak membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali.

Mohamad Azlin berkata, beliau ditanyakan hal berkenaan oleh beberapa individu termasuk pemberita akhbar tempatansejak  beberapa bulan lalu.

“Laporan ini tidak benar. Tiada kes seperti ini dilaporkan kepada polis di Subang Jaya,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *