Louis van Gaal dijangka mengadakan pertemuan dengan Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward pada Ahad bagi mendapatkan pengesahan sama ada beliau akan digantikan dengan Jose Mourinho.

Walaupun Van Gaal membawa kemenangan pada perlawanan akhir Piala FA lewat malam Sabtu, tetapi ia tidak akan menghalang Man United untuk melantik Mourinho sebagai pengurus baharu mereka.

Jurulatih warga Belanda itu dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Woodward bersama yang lain pada Ahad berhubung beliau bakal digantikan oleh bekas pengurus Chelsea pada musim panas ini.

Van Gaal sebelum ini berharap bahawa beliau diberikan peluang untuk berkhidmat pada musim akhir dalam kontrak tiga tahunnya sekiranya Man United menjulang trofi Piala FA.

Bagaimanapun, pengurusan tertinggi akan mengesahkan pelepasannya setahun lebih awal di Old Trafford.

Ketetapan Woodward untuk tidak memecat pengurus keduanya dalam tiga musim tidak dilaksanakan berikutan kegagalan Man United untuk melayakkan dalam Liga Juara-Juara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *