Usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) akan tetap dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat, minggu ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul itu akan dibuat anggota Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kerajaan juga akan mencadangkan supaya Jawatankuasa Pemilihan dibentuk untuk menterlibatkan anggota Parlimen beragama Islam dan bukan Islam.

“Ini bagi memperincikan, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, usul berkenaan dibentangkan Abdul Hadi pada 26 Mei lepas melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat ketetapan mengenainya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *