KUALA TERENGGANU, Seramai 120 pelajar prasiswazah daripada tujuh fakulti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  terpilih menyertai program perdana ‘Enrich My English Language’ (EMEL) sejak September lalu.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA Profesor Dr Mahadzirah Mohamad berkata EMEL adalah antara program anjuran UniSZA untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Katanya program itu diadakan bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya semua Universiti Awam (UA) meningkatkan penguasaan bahasa utama dunia itu dalam kalangan pelajar.

“UniSZA telah mengambil tindakan proaktif dan pantas dengan membangunkan ekosistem Bahasa Inggeris UniSZA di mana EMEL adalah manifestasi daripada program tersebut.

“Tujuan kita laksanakan EMEL ini adalah untuk melahirkan pelajar yang boleh menggunakan bahasa Inggeris dengan yakin dalam kedua-dua sektor akademik dan pekerjaan serta mempertingkatkan kemahiran komunikasi mereka dalam masyarakat  secara keseluruhan dengan menggunakan Bahasa Inggeris,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya EMEL merangkumi empat modul iaitu Pengucapan Awam, Bahasa Inggeris di Kampus, English for Fun dan English in Action  dan pemilihan pelajar berdasarkan kepada tahap bahasa Inggeris yang ditunjukkan dalam ujian khas CEFR (Common European Framework of Reference).

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *