Share on Facebook

Peranan UMNO perlu terus dirasai dalam membangunkan negara terutama dalam bidang pendidikan yang merupakan elemen penting dalam mengubah nasib anak bangsa, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata parti itu perlu terus aktif memberi sumbangan dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang lain yang memberi manfaat kepada pembangunan rakyat selain menumpukan kepada politik.

Dalam hal ini, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan penghargaan kepada Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO yang bekerjasama dengan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dalam mengedarkan bantuan beg sekolah di semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

“Saya harap kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO dengan kementerian ini dapat diteruskan bukan sahaja meliputi bidang pendidikan tetapi juga bidang ekonomi dan sebagainya,” katanya ketika berucap melancarkan program Back to School 2018 anjuran YPM di sini hari ini.

Menurutnya, program yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu bertujuan membantu pelajar daripada kumpulan kurang bernasib baik atau keluarga miskin sama ada di bandar mahupun luar bandar dengan peruntukan keseluruhan RM1.8 juta.

“Pada tahun ini, semua 191 bahagian akan terlibat dengan 200 beg diedarkan di setiap bahagian, 100 oleh Pemuda dan 100 oleh Puteri,” katanya.

Beliau berkata di bawah kerjasama kementerian dengan Pemuda dan Puteri UMNO dalam bidang pendidikan setakat ini, beberapa pencapaian telah direkodkan seperti penubuhan 365 pusat Tuisyen Rakyat@KKLW sejak dilancarkan dua tahun lepas.

“Ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pelajar miskin sejak dilaksanakan bersama Puteri UMNO,” jelasnya.

Katanya, program HELP Tuisyen yang dijalankan dengan kerjasama Pemuda UMNO memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia setakat ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *