Tindakan Kerajaan Belanda menghalang Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglo melawat Belanda didakwa melanggar protokol diplomatik seterusnya membuatkan hubungan antara kedua negara itu tegang, lapor Washingon Post.

Kerajaan Belanda dalam satu kenyataanya menjelaskan sebab mereka memutuskan untuk menarik balik hak mendarat Cavusoglo kerana ‘risiko ketenteraman dan keselamatan awam’.

Semalam, Cavusoglo memberi amaran bahawa Turki akan mengenakan sekatan ke atas Belanda jika penerbangannya dibatalkan, lapor media tempatan Turki.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kemudiannya bertindak balas dengan menggelar Belanda sebagai ‘sisa-sisa Nazi’  dan fasis serta mencadangkan agar diplomat negara itu dihalang  ke sini.

“Mereka adalah saki baki Nazi, fasis, mereka boleh melarang kunjungan menteri kita tetapi mulai sekarang kita lihat bagaimana pesawat mereka hendak mendarat di Turki,” katanya ketika satu perhimpunan di Istanbul, semalam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mendakwa bahawa keputusan yang dilakukan oleh mereka adalah tepat.

“Saya faham mereka marah tetapi ini sudah keterlaluan, saya fikir kami membuat keputusan tepat,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *