Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) menyasarkan menakluk lebih 25 podium sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi prestasi dan komitmen yang ditunjukkan barisan pelumba.

“Kami yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi kira-kira 30 perlumbaan yang disertai pemain di dalam dan luar negara.

“Selain itu kami juga mempunyai ramai pelumba berpotensi untuk kami ketengahkan dan mencapai sasaran yang dilakukan itu,” katanya selepas majlis penghargaan kepada penaja pasukan TSG di sini.

Pada Majlis itu TSG menerima tajaan lebih RM5 juta daripada 19 penaja.

Rozi berkata sepanjang tahun lalu 20 podium telah dimenangi dan Nur Amirul Fakruddin Marzuki berjaya menakluki tiga podium serta turut muncul sebagai raja bukit (keseluruhan) menerusi siri jelajah Malaysia.

Jelasnya pada tahun ini Muhamad Adiq Husainie Othman meraih jersi putih selaku pelumba terbaik Asia pada kejohanan Le Tour De Langkawi.

Mohd Hariff Salleh pula cemerlang dengan menjuarai peringkat ketiga dan keempat Jelajah Thailand.

Beliau berkata pihaknya juga menyasarkan peningkatan prestasi pasukan TSG lima hingga 10 tahun lagi dalam divisyen satu.

“Sekarang di peringkat Asia kami menduduki ranking terbaik dan bercadang untuk melangkah lebih jauh sehingga ke peringkat dunia…dengan kejayaan yang dikecapi, kami yakin pasukan ini dapat melangkah di peringkat tertinggi.

“Kami juga perlukan sokongan dan bantuan daripada Persatuan Lumba Basikal Malaysia untuk membantu kami melangkah lebih jauh dan bertanding pada perlumbaan Le Tour di France, Itali dan sebagainya,” katanya.

TSG mempuyai beberapa pelumba berbakat besar seperti Anuar Manan, Mohd Hariff, Mohd Zamri Salleh dan Muhamad Adiq Husainie.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *