Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) menerima tajaan daripada 20 buah syarikat termasuk dari Singapura dan Thailand bernilai hampir RM6 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata tahun lepas TSG menerima penajaan daripada 15 buah syarikat bernilai hampir RM3 juta.

“Tahun ini kita menerima penajaan lebih sikit daripada tahun lepas sebab TSG telah mula dikenali di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata TSG akan mengadakan majlis bagi meraikan penaja pada 1 Mei ini.

Dalam pada itu, Ahmad Farhan berkata TSG bakal menyertai lima kejohanan peringkat antarabangsa sepanjang bulan depan.

Kejohanan itu ialah Tour d’Azerbaidjan, Tour of Iran, Tour de Banyuwangi Ijen dan Tour de Flores di Indonesia serta Tour of Japan, katanya.

Beliau menyebut TSG akan menurunkan 15 pelumba terbaik dan berkualiti bagi menghadapi kesemua kejohanan tersebut di bawah jurulatih daripada Slovakia, Adam Szabo.

Menurutnya TSG telah mengatur satu program latihan intensif untuk pelumbanya selama 10 hari di Cameron Highlands sejak 17 April lepas.

Katanya hanya pelumba import daripada Indonesia, Dadi Suryadi tidak menyertai latihan kerana berlatih di negaranya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *