Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, memberi bayangan yang skuad The Red Warriors (TRW) mungkin terpaksa melupakan saingan Liga Super akibat tekanan luar yang tidak sepatutnya berlaku.

“TRW mungkin tidak lagi wujud dalam Liga M tidak lama lagi, di bawah peraturan dan cara sekarang (memandangkan) pasukan miskin, sudah tiada tempat lagi di Liga Super.

“Saya doakan yang terbaik jika ada peluang untuk pasukan negeri ini dan beraksi atas nama negerinya,” katanya dalam kenyataan menerusi satu daripada akaun Facebook miliknya tengah malam tadi.

Annuar turut meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pihak tertentu mengambil kesempatan menawarkan kontrak kepada pemain dengan cara yang menyalahi undang-undang.

“Lebih menyedihkan bila mengetahui ramai pemain (TRW) cuba dilarikan (pasukan) lain, walaupun sepatutnya mereka tahu pemain mempunyai kontrak, tidak boleh dihubungi atau ditawarkan (kontrak) pintu belakang tapi ramai pemain sudah dipancing,” katanya yang turut memuat naik gambarnya bersama Mohammed Ghaddar.

“Kegembiraan bila melihat TRW sentiasa istimewa walau dalam susah. Sedih bila tengok kita (pasukan) miskin tak cukup duit dan semua orang membiarkan kita terkapai-kapai…kita terus dikenakan pelbagai tekanan.”

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *