Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menarik balik rancangan untuk mengisytiharkan gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas kerana bimbang keputusan itu akan memakan dirinya sendiri berikutan struktur kompleks gerakan itu dan pengaruhnya di seluruh dunia Islam.

Kelmarin, The Washington Times memetik sumber di Washington melaporkan penangguhan untuk menyenaraihitamkan gerakan itu dibuat selepas menerima nasihat Jabatan Negara AS melalui memo dalaman.

Kandungan memo itu jelas memberi amaran terhadap langkah tersebut yang akan menjejaskan struktur dan hubungan politik di seluruh Timur Tengah berikutan Ikhwanul adalah monolitik atau satu gerakan yang besar serta sukar diubah.

Sebelum ini, Jordan yang merupakan salah sebuah negara yang mengiktiraf Ikhwanul sebagai pertubuhan sah selain menguasai 16 kerusi Parlimen di Amman telah menggesa Trump supaya menukar fikirannya.

Difahamkan, gerakan itu mempunyai pengaruh  kuat di Maghribi, Tunisia dan Mesir.

Di Kaherah, Ikhwanul mencipta sejarah selepas bekas Presiden, Mohammed Mursi menjadi pemimpin pertama yang dipilih secara demokrasi pada 2012 sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa setahun selepas itu. – Press TV

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *