Presiden Donald Trump memenuhi janji kempen dengan menandatangani perintah eksekutif untuk menarik diri daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Memulakan seminggu pertama memegang jawatan presiden Amerika Syarikat yang ke 45, Trump mula melancarkan agenda dasar beliau dengan menandatangani satu siri perintah eksekutif.

“Kami telah bercakap mengenai ini sejak sekian lama,” Trump berkata ketika menadatangani perintah eksekutif di pejabat Oval pada Isnin.

TPP dianjurkan Washington dan ditandatangani oleh 12 negara pada 2015.

TPP masih belum berkuat kuasa dan tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripa TPP dijangka akan menamatkan pakatan perdagangan itu.

Negara yang menyertai termasuklah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Brunei  bersama-sama mewakili 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *