Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendermakan gajinya untuk tempoh tiga bulan pertama berjumlah AS$78,333.32 (RM346,468) kepada Perkhidmatan Taman Kebangsaan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer, menyerahkan replika cek kepada Setiausaha Dalam Negara, Ryan Zinke, pada  sesi taklimat.

Ahli perniagaan bertaraf jutawan itu berjanji untuk tidak menerima gajinya sepanjang berkhidmat sebagai presiden. Bagaimanapun, mengikut undang-undang Trump mesti dibayar gaji pada setiap bulan dan bagi menepati janjinya, beliau bersetuju untuk mendermakan wang berkenaan.

Sementara itu, Zinke berkata beliau teruja dengan keputusan presiden itu untuk mendermakan wang kepada agensi di bawah kendaliannya.

 “Trump sudah memaklumkan mengenai perkara ini pada malam Ahad lalu.

“Wang ini akan digunakan untuk membiayai projek menaik taraf 25 taman negara di seluruh negara, yang keseluruhannya membabitkan kos AS$229 juta (RM1 bilion),” katanya.

Sebelum ini, Trump bercadang untuk memotong kira-kira 12 peratus daripada bajet untuk Jabatan Dalam Negara.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *