Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menziarahi jenazah menantunya Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia semalam, di Surau An-Nur, Country Heights, di sini.

Ahmad Zahid, yang baru kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan kerja ke Jepun, hadir bersama anggota keluarga dan rakan serta pihak yang mengenali Allahyarham.

Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam.

Turut berada di surau berkenaan ialah isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *