Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Datuk Seri Hishammuddin Hussein mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan berikutan pelantikan sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas.

Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau menyokong tugas baharu yang diberikan kepada Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan bagi membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pelantikan ini sesuai dan saya yakin beliau (Hishammuddin) dapat membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan juga tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *