Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat kali pertama Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya di sini.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Sukiman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

(Ahmad Zahid Dan Ketua Menteri Sabah Mempengerusikan Mesyuarat Esszone Di Kediaman Ketua Menteri Sabah Pagi Ini)

Penubuhan Lembaga Penasihat ESSZONE diputuskan oleh Mesyuarat Sidang Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Januari lalu bagi memantapkan lagi mekanisme sedia ada dengan bidang tugas.

Antaranya menasihati Jawatankuasa ESSZONE yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah mengenai langkah memantap dan mengukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam di ESSZONE berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 dan 2014 dan Arahan Eksekutif No 1 Tahun 2014.

Keanggotaan lembaga penasihat ini terdiri daripada Ketua Pengarah Keselamatan Negara; Panglima Angkatan Tentera; Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Ketua Pengarah Imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis Keselamatan, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi Urusetia kepada Lembaga Penasihat ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *