Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan terus membangunkan kawasan Parlimen Bagan Datuk dengan sokongan padu pengundi di kawasan itu kerana tidak mahu ia terus ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Dahulu daerah kita sangat terbelakang sangat terpinggir, saya berjanji pada diri saya jika PRU (pilihan raya umum) akan datang kita dapati sokongan cukup baik, saya akan mendapatkan lebih banyak lagi peruntukan untuk membangunkan daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berjumlah lebih RM300,000 kepada 1,261 nelayan kawasan Hilir Perak di Dewan Serbaguna Hutan Melintang di sini petang pada Ahad.

“Saya yakin, nelayan-nelayan di Parlimen Bagan Datuk yang hadir hari ini akan mengundi BN (Barisan Nasional),” katanya yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *