Kejayaan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) mengendalikan Kongres Kesatuan Penulis-penulis Asia (AIPS Asia) dan Anugerah SAM-100Plus 2016 baru-baru ini diperakui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang menjadi tetamu kehormat Majlis Anugerah SAM-100Plus 2016 menzahirkan pengiktirafan itu ketika menerima kunjungan Timbalan Presiden SAM, Asan Ahmad dan ahli jawatankuasa eksekutif SAM, Hafizal Hamad di Putrajaya, pada Isnin.

Asan, dalam pertemuan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu, mengucapkan terima kasih daripada seluruh kepimpinan dan anggota SAM kepada Ahmad Zahid di atas kehadiran dan sokongannya demi menjamin kejayaan kedua-dua acara berkenaan.

“SAM harap hubungan baik yang sedia terjalin dan pengiktirafan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri ini akan menjadi pemangkin kepada SAM dalam usaha mengangkat martabat kewartawanan sukan ke tahap lebih tinggi,” kata Asan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *