KUCHING, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghulurkan sumbangan peribadi RM60,000 kepada keluarga dua beradik yang meninggal dunia akibat jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila, 4 Julai lepas.

Ahmad Zahid menyerahkan bantuan tersebut kepada ibu bapa mangsa, Mazlan Pujan, 37 dan Elisa John 37, di pejabat Hornbill Skyways di sini bagi membantu keluarga terbabit membina kediamaan baharu berikutan rumah yang mereka diami ketika ini usang.

Dua beradik tersebut, Monica dan Jackson Mazlan masing-masing berusia enam dan empat tahun yang menetap di Kampung Paon, Rimu Bakung, Serian meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak selepas dikesan dijangkiti virus itu hujung bulan lepas.

Sebelum itu, Ahmad Zahid, diberi taklimat mengenai wabak rabies yang berlaku di Bahagian Serian oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabat yang sama.

Sebaik selesai majlisfringkas itu, Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), menaiki helikopter untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Kementerian Dalam Negeri di Padang Lama, Kompleks Sukan di Sri Aman.

Setakat 3 petang semalam, terdapat empat kes positif virus rabies dengan dua kematian dan dua mangsa lain dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Umum Sarawak.

Pada 4 Julai lalu, kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Bahagian Serian sebagai kawasan wabak rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *