Seorang pengerusi syarikat pelaburan emas yang dikenali sebagai ‘Tok Belagak’ ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan berkenaan, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata setakat ini pihaknya menerima lima laporan yang mengaitkan lelaki berusia 51 tahun itu dengan kes berkenaan di daerah Kajang.

“(Seorang) mangsa dikatakan telah membuat pelaburan sebanyak RM80,900 kepada suspek setelah mengetahui pelaburan emas itu melalui laman sosial Facebook pada Ogos tahun lepas.

“Mangsa menyedari dirinya tertipu apabila pihak syarikat yang dipengerusi suspek gagal menyerahkan emas seperti nilai yang dilaburkan dalam tempoh yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Katanya pengadu (mangsa) memaklumkan syarikat berkenaan ada mengeluarkan memo perjanjian untuk memulangkan semula wang pelaburan namun masih gagal berbuat demikian.

Jelas beliau, suspek ditahan reman sehingga Khamis ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *