Share on Facebook

Tenaga Nasional Bhd (TNB) bercadang untuk membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Setia Haruman Technology Sdn Bhd (SHTech) bernilai RM28 juta secara tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada jumaat, TNB berkata ia telah menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Setia Haruman Sdn Bhd, syarikat induk SHTech.

“Usaha bagi mempertingkatkan TNB merupakan inisiatif strategik yang diperkenalkan untuk memperkasakan syarikat bagi meneruskan pertumbuhan dalam penawaran perkhidmatan yang strategik.

“Di bawah inisiatif ini, kami bercadang untuk menceburi pelbagai perkhidmatan seperti meter pintar, rumah pintar, bangunan pintar, industri pintar dan bandar pintar,” katanya.

Cadangan pembelian itu dijangka tidak memberi sebarang kesan yang ketara ke atas aset bersih sesaham, tahap kadar hutang, pendapatan dan pendapatan sesaham TNB, dan anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *