Share on Facebook

KUALA NERANG, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan set persekolahan kepada 800 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di empat kawasan Parlimen di Kedah iaitu Langkawi, Padang Terap, Kota Setar dan Jerlun menerusi program ‘Kembali Ke Sekolah’.

Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Pembahagian TNB Kedah Ismail Lathifi Teh berkata seramai 200 murid dipilih di setiap kawasan Parlimen untuk menerima bantuan itu.

Setiap murid menerima set persekolahan berupa uniform sekolah, beg, stokin, kasut sekolah dan alat tulis, katanya pada majlis penyampaian bantuan itu bagi kawasan Parlimen Padang Terap di sini, hari ini.

Sementara itu, Hamizah Tasu, 49, daripada Kampung Lubuk Merbau bersyukur kerana anaknya Muhammad Irfan Haziq Yusof, 12, dipilih antara penerima bantuan itu.

“Saya tidak ada pekerjaan tetap, pemberian ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan saya,” katanya.

Muhammad Irfan Haziq, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pedu berkata dia tidak sabar dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan tahun hadapan dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *