Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) mencadangkan tiga resolusi utama berkaitan wanita akan dibincangkan di peringkat antarabangsa selepas menjayakan Seminar CWP Asia Tenggara: Wanita Anti Pembangunan – Penghubung Jurang, yang pertama di Parlimen, hari ini.

Pengerusi CWP, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata resolusi itu berkaitan undang-undang kesaksamaan gender, jelajah CWP dan penubuhan ahli parlimen wanita daripada kalangan semua parti politik.

“Kita masih memerlukan makluman daripada semua ahli CWP, justeru kita akan hantar resolusi kepada semua cawangan untuk membuat penelitian mendalam berkenaan isu-isu yang sudah dibincangkan hari ini sebagai tindakan memperkasakan wanita.

“Hasil keputusan akan dikirimkan pada sekretariat CWP di London,” katanya kepada pemberita selepas sesi penutup Seminar CWP, sebentar tadi.

Noraini berkata, isu undang-undang kesaksamaan gender mendapat sambutan positif daripada peserta program dan speaker pada hari ini, selain usaha memenuhi kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam politik serta pentadbiran.

Mengulas lanjut, katanya resolusi menempatkan ahli parlimen wanita daripada kalangan semua parti politik di bawah satu bumbung sebagai tindakan merapatkan jurang antara pemimpin wanita dan lelaki.

Selain itu, pihaknya bercadang mengadakan jelajah CWP yang kedua di lokasi yang belum ditetapkan dan jelajah ke seluruh negara, selewat-lewatnya tahun ini bagi mendedahkan peranan CWP, sekali gus meningkatkan produktiviti wanita dalam politik dan pentadbiran.

Noraini turut menjelaskan beliau berusaha memperkasakan wanita di Malaysia dan negara Asia lain selepas pemilihannya mewakili Asia Tenggara.

Ketika mengulas wanita bersalin di Singapura diberikan pelepasan tempoh berpantang selama 16 minggu (4 bulan) dan kerajaan menanggung pembiayaan itu selama lapan minggu, Noraini berkata langkah berkenaan satu contoh baik kepada wanita di negara ini.

“Kementerian Sumber Manusia digesa meneliti penambahbaikan elemen tempoh berpantang dan hari yang sesuai untuk memberi masa berkeluarga seperti dilaksanakan di Singapura,” katanya.

BHOnline

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *