Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga pengarah Felda Investment Corp (FIC) untuk memberikan keterangan mereka berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching pada 2014.

Ketiga-tiga mereka dijangka memberikan keterangan pada pagi Selasa.

Sumber SPRM mengesahkan ketiga-tiga individu itu yang masih berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah FIC telah diminta untuk datang ke ibu pejabat suruhanjaya tersebut di sini.

Setakat ini, empat individu termasuk seorang pembantu kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

SPRM sedang menyiasat pembelian hotel itu kerana ia dipercayai dibeli melebihi harga pasaran sebenar.

Hotel itu dibeli oleh FIC pada harga RM160 juta.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *