Anda di sini!
Utama > Hiburan > Tidak Sangka Gambar Kekasih Jadi Topik Hangat

Tidak Sangka Gambar Kekasih Jadi Topik Hangat

Pelakon Intan Najuwa menjelaskan tujuan dia memuat naik foto bersama kekasih bernama Anwar Izzuddin di laman Instagram agar dapat meleraikan salah faham antara pengikutnya.

Namun Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, berkata dia tidak menyangka foto tersebut menjadi topik utama penulis blog sehingga menjadi tular di laman sosial.

“Tujuan saya muat naik gambar dengan kekasih sebab tak nak ada salah faham atau pergaduhan antara pengikut di laman Instagram.

“Tapi tak sangka pula gambar tersebut menjadi tajuk blog yang mengatakan peminat kecewa apabila saya kongsi foto bersama kekasih sehingga tular di laman sosial,”dipetik sebagai berkata.

Intan diminta mengulas artikel di sebuah blog yang mengatakan ramai peminat kecewa selepas mengetahui pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini sudah berpunya menjadi tular di laman sosial.

Biarpun Intan tidak suka untuk terlalu kongsi banyak mengenai peribadi namun dia mengakui setiap apa sahaja yang dilakukan kini menjadi perhatian semenjak popular menerusi drama berkenaan bergandingan bersama Remy Ishak di TV3.

“Kalau ikutkan saya memang tak berapa suka kongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadi. Tapi bukan bermaksud nak sorok.

“Kalau lihat di Instagram saya pun hanya ada beberapa keping sahaja gambar dengan kekasih.Namun saya faham apabila menjadi artis yang dikenali, memang apa yang kita buat orang akan perhati.

“Bagi saya, kalau perkara itu positif, saya terima sahaja. Yang negatif, kita biarkan sahaja,” ujarnya.

 

Berkongsi mengenai pengalaman pertama kali bergandingan dengan Remy, pelakon yang berasal Johor Bahru ini menggigil setiap kali perlu melakonkan babak romantik.

“Saya pertama kali bergandingan dengan Remy dalam drama tersebut. Aura dia membuatkan setiap kali nak berlakon babak romantik mesti saya menggigil.

“Bukan sebab takut tapi jadi panik. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab lakonan dia sangat hebat dan saya pula biasa-biasa sahaja,” katanya.

Drama bersiri tersebut sedang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 petang di slot Akasia.

Intan Najuwa memegang watak sebagai Hanan Khaira.

Leave a Reply

Top