KUALA LUMPUR, Penyertaan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam pasukan polo negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 perlu dilihat dari sudut positif, kata Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar.

Beliau berkata daripada mempolitikkan perkara itu, masyarakat sepatutnya melihat penyertaan Khairy sebagai wadah serta pemangkin semangat untuk rakyat Malaysia bersukan dan menjaga kesihatan.

“Kita tidak seharusnya melihat penyertaan Khairy untuk mencari publisiti murahan sebaliknya Khairy sememangnya telah popular dalam kalangan anak muda di Malaysia serta mempunyai penyokong dan peminat tersendiri sejak memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009 lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata matlamat besar Sukan SEA atau sukan lain di seluruh dunia adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan penyertaan Khairy perlu disokong sepenuhnya tanpa mengira fahaman politik.

Zulkarnain turut berpendapat sebarang cabaran untuk mempelawa skuad polo kebangsaan bertanding bagi menilai prestasi mereka dengan bermatlamat untuk mencari kelemahan, perlu diabaikan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *