SERDANG, ‘Thirsty Runner 2016’ yang berlangsung hari ini memberi impak positif kepada para peserta mengenai kesedaran dan kepentingan penggunaan air.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata sepanjang acara tersebut berlangsung, tiada air minuman dibazirkan di jalanan.

“Berbeza dengan penganjuran acara larian lain seumpama itu…kebiasaannya kita melihat banyak air minuman yang bertaburan dibazirkan oleh peserta,” katanya selepas acara itu di sini, hari ini.

Beliau berkata peserta hanya diberikan air minuman pada ‘check point’ terakhir dan kesedaran peserta dapat dilihat apabila mereka sangat menghargai bekalan air itu.

Sejumlah 1,500 peserta mengambil bahagian dalam larian tiga kategori iaitu 3km, 6km dan 12km, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang, di sini.

Seorang peserta, Nurul Huda Yusof, 42, berpendapat acara seperti itu perlu dilakukan setiap tahun kerana ia dapat memberi peringatan kepada masyarakat tentang penjimatan penggunaan air.

Foong Kok Leong dari Kuala Lumpur pula berkata penganjuran acara seumpama ini memberi banyak manfaat.

“Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga menyertai acara larian ini, ia juga dapat memberi ilmu pengetahuan baharu kepada saya dan keluarga untuk lebih menghargai air dalam kehidupan seharian,” katanya.

Menyedari pentingnya menyemai kesedaran masyarakat mengenai kepentingan air, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dan SPAN mengambil inisiatif dengan menganjurkan larian itu sempena Hari Air Sedunia 2016.

Acara itu mendapat kerjasama Forum Air Malaysia dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *