Lembaga Tabung Haji (TH) mengenal pasti tanah di Makkah dan Madinah bagi pembinaan kompleks TH di negara berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya menerima tawaran beberapa bidang tanah dan dalam proses memilih yang terbaik.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sudah melihat kawasan berkenaan dan akan menilai sebelum keputusan dibuat.

“Kita menjangkakan kos pembelian tanah dapat diselesaikan akhir tahun ini dan berharap semuanya berjalan lancar.

“Pembinaan kompleks TH di Makkah dan Madinah adalah impian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memberi keselesaan kepada jemaah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Abdul Azeez berkata, pembinaan kompleks TH di negara berkenaan akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos selain memberi keselesaan kepada jemaah.

“Setiap tahun kita membelanjakan jutaan ringgit untuk jemaah termasuk penginapan dan keperluan lain kerana perlu menyewa.

“Aset sendiri akan menjimatkan kos manakala jemaah berasa seperti berada di negara sendiri,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *