Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime melalui situasi amat menyedihkan dalam kerjaya seninya kerana terpaksa menjadi pegawai pemasaran selepas enam bulan tiada tawaran berlakon.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 26, berkata, dia terpaksa pulang ke tempat kelahirannya di Singapura untuk melakukan pekerjaan itu di sebuah syarikat swasta selain wang simpanannya sepanjang menjadi artis sudah habis digunakan.

“Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan.

“Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja.

“Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni,” kata Atikah kepada sebuah portal online

Atikah ditemui ketika majlis pra-tonton filem terbaru lakonannya, Pencuri Hati Mr. Cinderella di TGV Encorp Strand mall, Petaling Jaya pada Rabu.

Pelakon wanita ini menjadi kontroversi selepas foto bogel miripnya dan juga pelakon Idris Khan tersebar di laman sosial tidak lama dahulu.

Beberapa hari lalu, Atikah ada memberi gambaran akan berehat daripada dunia lakonan melalui status yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen yang ditulis keputusan dibuat adalah sukar tetapi berehat adalah perkara terbaik untuknya pada masa ini.

“Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar.

“Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya,” katanya.

Dia berkata, paling penting ialah dia merindui kehidupannya yang dulu. Malah, semangatnya juga sudah hilang.

Namun foto tersebut telah dipadamnya atas permintaan ibunya.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *