Share on Facebook

KUALA BERANG, Kerajaan negeri Terengganu memohon agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengkaji kembali punca banjir yang berlaku di enam daerah di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata banjir kali ini disifatkan berlaku begitu pantas berbanding kebiasaannya.

“Kebiasaannya di Terengganu banjir akan berlaku setelah hujan lebat turun tanpa henti dalam tempoh empat hingga lima hari tetapi kali ini hanya dua hari hujan sudah berlaku banjir dan jumlah perpindahan mangsa juga agak ramai.”

“JPS harus melihat projek terdahulu yang diluluskan kerana mungkin ia tidak sesuai dengan bentuk rekacipta dan fizikal yang mungkin menyumbang kepada permasalahan ini,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di pusat pemindahan kampung Tok Lawit di sini pada selasa.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman; dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu Azmi Razik.

Selain melawat Kampung Tok Lawit, beliau sempat melawat dua buah lagi pusat perpindahan di daerah berkenaan iaitu di Kampung Tengkawang da Kampung Kepah.

Tambah Ahmad Razif, Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu melebihi 900 orang dan sebanyak 20 pusat pemindahan dibuka.

“Situasi banjir di Terengganu masih dalam keadaan terkawal walaupun berlaku peningkatan di beberapa daerah, saya nasihatkan penduduk sentiasa berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.”

“Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga arwah kanak-kanak yang meninggal akibat lemas di Bukit Payung dan berharap tragedi seumpama itu tidak akan berlaku di masa hadapan,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *