Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Taiwan Rancang Bina Kapal Selam Sendiri

Taiwan Rancang Bina Kapal Selam Sendiri

Taiwan merancang untuk membina lapan kapal selam bagi mengukuhkan lagi armada semasa termasuk empat kapal asing yang dimiliki setakat ini, menurut pegawai kanan tentera laut, semalam.

“Dalam projek kapal selam ini kami berharap dapat menghasilkan lapan kapal selam,” jelas Panglima Tentera Laut, Lee Tsung-hsiao, sekali  gus mengesahkan kepada umum buat pertama kali tentang bilangan kapal dirancang.

Pengerusi syarikat pembinaan kapal CSBC Corp Taiwan, Cheng Wen-lon memberitahu, reka bentuk awal kapal tersebut akan siap sepenuhnya pada awal tahun depan.

Bulan lalu, Presiden Tsai Ing-wen berikrar pentadbirannya akan melaksanakan program kapal selam sendiri selepas beliau melawat salah satu daripada empat kapal selam lama yang dibeli dari Amerika Syarikat dan Belanda, kira-kira 30 tahun lalu.

Difahamkan, Taiwan tidak pernah bina kapal selam dan perlu bergantung kepada sokongan teknologi asing bagi menghasilkan kapal lebih canggih, lapor Reuters.

Leave a Reply

Top