Portal rasmi pembangkang dan budak hingusan dari PPBM hari ini cuba menghina YAB Timbalan Perdana Menteri kononya TPM tidak fasih berbahasa Inggeris dengan menerbitkan satu video yang disunting kononya YAB TPM merujuk YAB Perdana Menteri sebagai Presiden, sudah menjadi fitrah portal ini untuk menyunting apa sahaja kesalahan kecil pimpinan negara untuk diperbesarkan dengan tujuan untuk memalukan YAB TPM.

Ingin saya tegaskan disini, lidah orang arab, india, jawa mahupun orang afrika apabila berbahasa inggeris sebutanya adalah sedikit berbeza, contohnya presiden jokowi yang berketurunan jawa apabila bercakap dalam bahasa inggeris “slang” jawanya masih pekat kedengaran begitu juga orang berketurunan arab, india dan melayu.

Masalah sebutan ini tidak sepatutnya diperbesarkan, apa yang lebih penting adalah isi yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pendengar. Dengan pentas sebesar ini dan dihadiri oleh ramai pemimpin dunia, sudah tentulah ianya amat membanggakan kita rakyat Malaysia apabila pemimpin kedua tertinggi negara dapat menyampaikan pidatonya dihadapan kuasa besar dunia.

Apa yang ingin diperbesarkan isu “slang”? yang penting isinya dapat difahami oleh hadirin.

Budak hingusan seperti Syed Saddiq tampil kononya menasihatkan YAB TPM untuk belajar bahasa Inggeris, wahai Syed saddiq kamu siapa untuk mengajar seorang Timbalan Perdana Menteri, ketika kamu masih hingusan dan mungkin masih memakai lampin YAB TPM sudah bergelar ahli parlimen ketika kamu mula bersekolah tadika YAB TPM sudah menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dan ketika kamu baru masuk sekolah rendah beliau telah terdedah dengan dunia politik antarabangsa.

Siapa kamu nak menasihatkan YAB TPM? saya rasa kamu yang perlu pergi belajar ilmu dan adab menghormati orang yang lebih tua dari kamu dan cara menghormati seorang pemimpin.

Apa gunanya fasih berbahasa inggeris jika tiada ilmu dan adab? apa gunanya akal jika tidak mahu menggunakannya. Inikah anak muda yang PPBM mahu banggakan, anak muda yang tidak beradab?

Apa perlunya nasihat dari seorang kaki kelab dan kaki joget seperti syed saddiq, saya harap YAB TPM janganlah dilayan seorang kaki kelab seperti saddiq ini, mungkin ketika beliau mengeluarkan kenyataan ini beliau sedang mabuk atau pun sedang berseronok di kelab-kelab malam.

Akhir kalam, nasihat saya kepada saddiq habiskan sekolah kamu dahulu dan belajar ilmu serta adab bagaimana menghormati orang sebelum ingin memberi nasihat kepada orang yang lebih tua dari kamu.

Oleh: Hidayat Fansyuri

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *