Status perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang pada 28 Mac ini akan diputuskan jawatankuasa pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) minggu ini.

Kenyataan itu disiarkan dalam laman web AFC pada Selasa.

Langkah itu susulan ketegangan diplomatik yang semakin memuncak antara kerajaan kedua-dua negara.

AFC menerima permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengadakan pertemuan menentang Korea Utara di Pyongyang di gelanggang berkecuali.

 Menurut AFC, mereka akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai keputusan jawatankuasa pertandingan itu dalam masa terdekat.

Pada Isnin, FAM menerima arahan terbaharu daripada kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaysia untuk terbang ke Pyongyang bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.

Arahan berkenaan telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghubungi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Isnin.

Menurut Hamidin, ketetapan itu dibuat atas dasar dan pertimbangan faktor-faktor keselamatan berikutan pengusiran duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *