Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan Persekutuan bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Pengarah berusia 59 tahun itu yang berpusat di Labuan ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 11.50 pagi Isnin.

Dua kontraktor berusia dalam lingkungan 40-an kemudiannya ditahan kira-kira pukul 6.30 petang di ibu pejabat SPRM Labuan.

Ketiga-tiga suspek akan direman di mahkamah majistret Labuan pada Selasa.

Sumber berkata akaun bank dengan wang berjumlah RM889,000 milik pengarah tersebut dan juga ahli keluarganya turut dibekukan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Pada minggu lalu, seorang pengarah syarikat berkaitan kerajaan ditahan kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan terlibat dalam kes rasuah.

SPRM turut menahan adiknya dan seorang pengarah urusan di sebuah syarikat serta membekukan akaun bank dengan dana berjumlah RM40.1 juta.

Sementara itu, kira-kira 12 kereta mewah dan empat jam tangan mewah bernilai RM300,000 dirampas daripada ketiga-tiga suspek.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *