ARAU, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengguna pakai kawasan persempadanan baharu jika ia diwartakan sebelum Parlimen ke-13 dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata SPR akan membawa usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan Dewan Rakyat untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“SPR hanya perlu masa sehari untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Pertuan Agong dan selepas itu draf tersebut menjadi rasmi dan boleh digunakan untuk PRU14,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen #jomkitasemak dan #jomkitaundi SPR di Universiti Malaysia Perlis di sini hari ini.

Mohd Hashim berkata persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya dibuat berdasarkan kemajuan dan pembangunan demografi kawasan dan penduduk, sekali gus menyangkal dakwaan parti-parti politik khususnya pembangkang bahawa proses itu dilakukan bertujuan memenangkan parti pemerintah.

Katanya persempadanan semula itu sepatutnya telah diluluskan sejak dua tahun lepas namun tertangguh kerana ia dibawa ke mahkamah oleh pembangkang menyebabkan perkara itu tertangguh.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *