Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Usaha kerajaan yang sentiasa membantu masyarakat luar bandar dijangka boleh memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin percaya sokongan masyarakat luar bandar akan membolehkan UMNO dan BN terus kekal sebagai kerajaan yang memerintah negara ini.

Zahidi yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengabaikan penduduk luar bandar terutama petani dan pekebun kecil dengan menyalurkan pelbagai kemudahan dan bantuan.

Daripada 222 kerusi Parlimen, 128 merupakan kerusi parlimen di luar bandar dan menurut pemerhatiannya masyarakat luar bandar pada kebiasaannya hanya menyokong sama ada UMNO atau PAS.

“Kita lihat BN akan terus memerintah sebab kalau PAS menang pun, mereka tidak akan menyokong Pakatan Harapan,” dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Zahidi berkata Risda telah mencadangkan kepada kerajaan supaya sistem kad kepada penduduk luar bandar diperkenalkan bagi membolehkan mereka membeli barang-barang keperluan pada harga lebih murah berbanding di pasaran.

“Kita tengah minta kepada kerajaan supaya beras, gula dan minyak masak harganya murah sikit kepada penduduk kawasan luar bandar,” katanya.

Katanya sistem itu juga mampu mengurangkan beban sara hidup masyarakat luar bandar serta menghargai mereka kerana selama ini memberi sokongan yang kuat kepada kerajaan BN.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama Datuk Mokhtar Hussain dan Pengarang 1 Haji Khairdzir Md Yunus.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *