Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza berasa terharu kerana menerima anugerah berupa plak dari Yonder Music sempena ulang tahun pertama Yonder.

Plak eksklusif ‘Hear Forever’ itu adalah sebagai penghargaan kepada Siti yang juga merupakan duta Yonder Music dan banyak menyokong Yonder.

“Selamat ulang tahun pertama buat Yonder Music.  Semoga terus memberikan peluang dan platform terbaik untuk artis-artis terutamanya di Malaysia. Moga terus berjaya dan dapat menghasilkan produk muzik yang terbaik.

“Saya terharu dengan hadiah plak yang diberikan oleh Adam dari Yonder Music dan ini merupakan salah satu penghargaan buat saya kerana plak tersebut reka ciptanya sangat bermakna,” ujar Siti.

Sementara itu bagi CEO Yonder Music, Adam Kidron, tahun 2016 merupakan tahun yang sangat bermakna buat Yonder. Antaranya konsert ‘Siti & Friends’ yang begitu berjaya dan eksklusif duet Whitney Houston & Datuk Siti Nurhaliza.

“Saya lebih teruja dengan apa yang berlaku pada tahun 2017. Yonder Music telah merancang pelbagai aktiviti untuk ‘Yonderer’. Antaranya konsert bersiri yang perlu anda semua hadiri. Segala maklumat akan dimaklumkan kelak,” ujar Adam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *