Oleh : Musli Oli (Aktivis Dan Penulis Politik Dari Sabah)

Demikian lah ayat penyokong Kumpulan Veteran Otai Reformasi sebaik sahaja Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan Tun Mahathir sebagai calon PM Pakatan Harapan di Gelang Patah baru-baru ini.

Grup Otai Reformasi merupakan penyokong “HardCore” Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 1998. Kepada mereka, cuma seorang calon PM – Anwar Ibrahim.

Menurutnya, jika Pakatan menang, “Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan calon rasmi Pakatan Harapan, akan dilantik ke jawatan PM. Selepas mohon pengampunan dan buat pilihan raya kecil, Anwar akan mengetuai kerajaan menggantikan Wan Azizah.”

Ketika mengulas cadangan dalam blognya, Zaid berkata cadangan Tun Mahathir sebagai PM merupakan satu ‘suntikan baru’ kepada Pakatan Harapan.

Tambahnya perlu diingat, peluang Pakatan agak tipis untuk menang pilihan raya, tapi faktor Tun Mahathir boleh mempengaruhi kemenangan.

Cadangan Zaid bagaimanapun tidak mendapat sebarang reaksi daripada pemimpin-pemimpin kanan DAP, parti yang baru di sertai Zaid. Ada yang masih skeptikal tentang kesetiaan bekas PM itu kepada blok pembangkang.

Ramai juga pemimpin veteran DAP beranggapan Mahathir cuma diperlukan dalam Pakatan pembangkang untuk menyerang kerajaan, Umno dan balun Najib, ‘Tapi itu tidak bermakna Tun Mahathir, Muhyiddin dan yang lain perlu dapat jawatan utama dalam Pakatan kerana tiada jaminan mereka tidak kembali kepada Umno setelah misi menyingkir Najib telah berjaya’. Ujar mereka.

(Seorang Penulis Politik Pada Suatu Ketika Pernah Mengemukakan Teori R.A.H.M.A.N)

Barangkali menyedari masih ramai sekutu-sekutunya masih tidak yakin dengan pemimpin-pemimpin PPBM, Tun Mahathir sendiri tidak berani mencadangkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai calun PM. Tun Mahathir sedar bukan mudah untuk penyokong PKR menerima Tun Mahathir sebagai PM walaupun dia berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Anwar dan keluarganya.

“Memilih Tun Mahathir atau Muhyiddin, sama seperti memilih Presiden Umno yang baru dalam pemilihan parti mereka. Ini bukan matlamat gerakan reformasi menyeluruh yang kami pelopori!!” Kata salah seorang Grup Veteran Otai Reformasi.

Seorang lagi calon PM yang mula menyerlah ialah MB Selangor, Datuk Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. Azmin bagaimanapun kurang popular dikalangan pemimpin kanan DAP termasuk Ketua DAP Selangor, Tony Pua.

Siapakah pemimpin di luar sana, yang bakal jadi PM Pakatan Harapan?

Jom kita cari….

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *