Anda di sini!
Utama > Sukan > Shakespeare Dipecat

Shakespeare Dipecat

Pengendali Leicester City, Craig Shakespeare dipecat hari ini hanya selepas empat bulan mengambil alih skuad bekas juara Liga Perdana itu, media British melaporkan.

Shakespeare mengisi kekosongan ditinggalkan Claudio Ranieri yang mencatat sejarah dengan membawa kelab itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2015/2016 tetapi disingkirkan selepas bergelut di zon penyingkiran musim lalu.

Shakespeare, 53, yang menjadi pengendali sementara pada Februari berjaya membawa Leicester kekal dalam saingan liga tertinggi Inggeris itu dan dilantik secara tetap Jun lalu.

Namun Leicester hanya memenangi satu daripada lapan aksi liga musim ini dan berada di tangga ketiga tercorot. Perlawanan terakhir di bawah kendalian Shakespeare ialah ketika seri 1-1 menentang West Bromwich Albion semalam. – AFP

Leave a Reply

Top