Oleh : Hidayat Fansyuri

KUALA LUMPUR, Setelah Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar terpalit dengan isu dadah baru-baru ini dan meranapkan impian penduduk bandar Tun Razak untuk melihat Bandar Tun Razak diwakili oleh calon dari parti UMNO, kini nampaknya pengundi Bandar Tun Razak boleh menarik nafas lega.

Menurut sumber, Parlimen Bandar Tun Razak bakal ditandingi oleh Ketua Wanita BN iaitu Tan Sri Shahrizat Jalil, dan beliau khabarnya bakal dilantik sebagai menteri penuh sekiranya memenangi Parlimen Bandar Tun Razak.

Tan Sri Shahrizat Jalil ialah bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau memegang jawatan Ketua Wanita UMNO setelah menewaskan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Hasil tinjauan kami mendapati beberapa pengundi Bandar Tun Razak menyambut baik sekiranya kawasan mereka bakal ditandingi oleh Ketua Wanita UMNO itu.

Dalam Pilihan raya umum ke-13 P124 Bandar Tun Razak menyaksikan pertandingan empat penjuru, yang membabitkan Khalid Ibrahim (PKR), Tan Kok Eng (MCA) dan dua calon Bebas.

Khalid memperolehi 56.4 peratus undi dan menewaskan Tan dengan majoriti 11,832 undi.

Sebelum PKR merampas kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008, wakil MCA, Tan Chai Ho adalah ahli parlimen Bandar Tun Razak, sejak 1995.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *