Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan hari ini setelah direman tujuh hari.

Anggota Parlimen Semporna itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin tempatan dan RM80,000 deposit.

Perintah pembebasan Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dibuat oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwanya Faliq Basiruddin.

Sebelum itu, Shafie tiba di mahkamah dengan berpakaian biasa kira-kira 9.30 pagi disambut laungan ‘bebaskan Shafie’ daripada penyokongnya yang berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

Beliau ditahan SPRM pada 19 Okt lalu dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Perintah reman itu kemudian dilanjutkan empat hari pada 23 Okt dan berakhir hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *